Monday 9 January 2012

kau harus tabah

Dengan lafaz Bismillah 


setiap kegagalan dalam hidup ini,kehampaan,kekecewaan. itu bukan dari apa yang kita harapkan. bukan dari apa yang kita impikan. percayalahh. setiap apa yang berlaku ada jalan cerita disebaliknya yang telah diatur kemas oleh yang Maha Kuasa. percayalahhh. Allah tidak kejam pada hambaNya. hanya akur pada ketentuanNya dan  kita akan rasa sendiri kebaikan yang telah Allah rencanakan untuk kita. Aku juga manusia biasa. bisa menangis,meraung,meratapi apa yang telah aku hilang. apa dugaan yang telah aku hadap. 

Kau. aku. kita sama saja. tak ada yang sempurna. kau sedih. aku juga bisa. kau merasa. aku juga sama. jangan kau letakkan diri kau keseorangan di tengah laut dalam sana. jangan kau hanyutkan diri kau sendiri digulung ombak deras. aku siapa ? aku bisa rasa kesedihan kau. kehampaan kau. susah senang kita dah janji kan ? masih kau ingat tuh semua ? aku pegang semuanya. percayalah.. tidak akan aku biarkan kau sendiri terkapai,lemas. aku juga ingin bersama. itu cara aku dalam hubungan ini. kau sakit,percayalahh aku juga merasakan hal yang sama.

kau tak layak untuk aku ? kau siapa untuk memandai-mandai. mungkin bagi kau hati ini  senang untuk di tarik tendang. cakaplah apa kau mahu. takan ada yang bisa merubah perasaan aku pada kau. Ya Allah. berikanlah kekuatan pada hati ini untuk terus mencintainya. aku tahu niat kau baik,kau tak nak aku susah. tapi kalau tuh yang aku tak boleh rasa. apa erti sesuatu hubungan pada kau. hanya untuk kebahagiaan sahaja ? maaf,itu tiada nilai buat aku. kalau ditakdirkan hati ini untuk tinggalkan kau. maaf,tapi bukan dalam keadaan kau susah.

aku cinta kau apa adanya diri kau. bukan apa yang kau punya. bukan apa yang kau hilang. itu kau harus mengerti sayang. walau apapun jadi lepas ini. aku takan biarkan kau sendiri. aku takan berhenti cinta kau. aku takan berhenti sayang kau. aku akan selalu ada untuk kau. aku akan sentiasa ada di belakang kau. tolong jangan kau rasa kau hidup sendiri. aku masih disini. yang sentiasa menyayangi diri kau :)

No comments:

Post a Comment