Sunday 27 November 2011

tahun baru ISLAM :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)

doa akhir tahun:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, segala puji itu bagi Allah,Tuhan pentadbir seluruh alam.Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah wahai Tuhan kami,perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau tiada melupakannya dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.Maka kami sekalian mohon keampunan Mu Ya Allah,ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti)  yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami.Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

doa awal tahun:
Denga Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Segala pujian itu bagi Allah tuhan sekalian alam.Rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad S.AW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah,Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada,tiada permulaan.KelebihanMu Maha Besar dan Kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan.Tibalah sudah tahun baru,kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah.Kami mohon kepadaMu juga Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.Ya Allah tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia.Ya Allah tuhan yang sebaik-baik mengurniakna rahmat.


Ya Allah Ya Tuhanku..
Maha bagi segala-galanya. aku bersyukur atas apa yang telah Kau berikan selama ini kepada diriku ini(hambaMu yang hina lagi jahil) terima kasih atas segala kesempatan yang telah Kau berikan.Kenikmatan,kebahagiaan,kesempurnaan.terima kasih Ya Allah.Aku hambaMu yang hina lagi jahil tentang segalanya ini memohon keampunan dariMu Ya Allah tentang segala dosa yang telah aku lakukan selama ini.Ampunilah aku Ya Allah tentang masa lampauku.

Ya Allah..
tunjukkanlah aku,pimpinlah aku,bimbinglah aku ke jalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai.Aku ingin menjadi hambaMu yang baik,solehah.Jauhilah aku dari syaitan-syaitan yang direjam dan orang-orang yang akan merosakkan ku.Ya Allah,bersihkanlah hatiku,jiwaku,akalku dari segala kekufuran,kejahilan dan kemungkaran.Ya Allah,jadikanlah aku seorang wanita yang berpegang teguh pada agamaMu,kuat imannya dan tak mudah goyah kepada nafsu-nafsu kekufuran.Ya Allah,jauhilah aku daripada perkara-perkara yang mungkar,jauhilah aku daripada sifat malas untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.Ya Allah,ampunilah dosaku terhadap semua orang yang telah aku sakiti walaupun dengan sengaja ataupun tidak.

Ya Allah..
tidak terhitung banyakknya dosa yang telah aku lakukan.Ampunilah aku wahai Tuhanku..
Ampunilah aku,rahmatilah aku,cukupkanlah aku,berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk,afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Ya Allah..
aku mohon pertolonganMu untuk menguatkan imanku dan hatiku untuk mencari redhaMu..
semoga perjalanan hidupku berakhir dengan indah disisiMu wahai Tuhanku :)

-Allah Maha Besar-