Thursday 23 August 2012

:')

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang


bila aku baca balik entry2 aku yang lepas. sedih sangat. hati penuh jahitan luka. semuanya hancur. harapan aku musnah. takde ruang udara untuk aku bernafas. aku dapat rasakan lagi kesakitan tuh. kesakitan di atas perbuatan orang yang benar2 aku sayang. benar untuk hidup bersama. kesakitan itu masih segar di ingatan. masih segar di hati. subhanallah. aku tak dapat bayangkan lagi kalau aku masih di kedudukan tuh sekarang.
aku dah terasa sangat sakit dah. semuanya bagaikna terhenti. cukuplah. aku tak nak rasa lagi kesakitan tuh.

mana silapnya aku ? terlalu menyayangi ? terlalu setia ? terlalu percaya ? terlalu ?

Tuhan ..
salahkah aku tentang itu semua ?

kepercayaan aku telah hilang pada seseorang bergelar lelaki. 

aku cuba bangkit dari kejatuhan. kebahagiaan telah aku cuba kutip sekarang nih. dan aku merasakan kebahagiaan itu. adakah hanya pada mulanya sahaja ? aku jadi takut dengan perasaan aku sendiri. adakah ini semua hanya harapan sampah untuk aku ? adakah sekali lagi untuk aku ? entah. aku sendiri tidak tahu. aku sudah terikat dengan perasaan ini.

to my future husband.
terima kasih dengan kehadiran diri dalam hidup ini.
maafkan aku sebab terlalu menyayangi. salahkah aku kerana terlalu menyayangi ? salahkah aku ? adakah ini  semua hanya harapan sampah untuk aku ? adakah aku berharap terlalu tinggi ?  ketahuilahh hati ini telah kau ubati. telah kau baik pulih. aku mohon sepuluh jari, jangan kau darahkannya semula. kebahagiaan dunia akhirat aku mohon.


Monday 20 August 2012

salam lebaran :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Perkasa.


alhamdulillah. pejam celik pejam celik. sudah 20 tahun aku menyambut raya aidilfitri :) alhamdulillah atas kesempatan ini ya Allah. aku seperti biasa. raya di kampung halaman di felda taib andak kulai johor. nih jelaaa kampung the best yang pernah aku ada. kampung nih jugak laa tempat aku sendiri membesar. so sangat gembira sambut raya dekat sini. rumah aku nih pun berhadapan dengan masjid. so bertambah2 laaaa meriahnye bila dengar takbir dipagi raya. sumpah sedih. heeee. so tema tahun ini kaler merah. pilihan ibu aku. so bedal aja. merahhhhh makngahhhh nokkkk. eheheh :p

dan macam biasa. first raya mesti mak mertua abang aku datang beraya kat rumah. so bertambahlah meriah dekat situ ye. dengan ditambah lagi kenakalan anak buah aku Muhammad Danish. apakkkk pening kepala. semua dia nak kerjakan kat dalam rumah tuh. tapi apa pun. mak ngahhhh tetap love youuuu Danishhh sayang :) dan seperti biasa juga. mesti ada sesi fotografi. weeehuuuuu :p


tadaaaa. merah dan kuning jadi pilihan kami :) baju ibu dengan nenek sama. weewittt. aku ada jugak baju tuh. tapi takmoh pakai. ngeeee :p nih keluarga aku dengan keluarga kakak ipar aku.

dan selepas abis sesi fotografi. macam biasalahhh adat bila hari raya. bermaaf-maafan. hee.


ouhh hyeeeee. saya anak perempuan ayah yang degil. weeehuuuu. minta ampun minta maaf ayah. duit raayyaaaaaaaa pleaseeeeeee. ehehehe. *muka ayah cam tak ikhlas je nak maafkan aku sebab aku degil sangat* ehehehe


*bisik kat telinga ibu. ibu duit rayaaaaa pleaseeeeee* pastuhhh ibu cakap. dapat pulakkkkk ! ehehehe. hampehhhhhh. sedihhhh pedihh je aku. hehehe





jyeahhhhh kami cuma 3 beradik je :) dan aku sorang je perempuan. mempunyai abang yang sempoi yeye katak dan adik yang selalu mintak kaki kat muka. dan kami anak ibu ayah yang sweet sour degil nak mampos. ehehehe. tapi kami cuba untuk jadi anak yang baik. jyeahhhhh !


diz iz my my family. i love uollsssssss :)

sempena syawal nih. aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin :)
minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
minta halal makan minum dunia akhirat.
minta maaf kalau terkasar bahasa. terlanjur bicara.
semuanyaaaa laa ye.
so....
0-0 
hehe :)