Thursday 31 May 2012

berserah

 
Ya Allah..
bagaimanakah aku mahu teruskan hari2ku dengan perasaan sebegini Ya Allah.
perasaan yang membunuhku.
perasaan yang merosakkan hari2 indahku.
perasaan yang melenyapkan senyum tawaku.
perasaan yang membunuh setiap denyut nadiku.
perasaan yang menghilangkan keyakinanku bahawa adakah lagi kegembiraan itu.

Ya Allah..
peritnya hati ini tidak tertanggung Ya Allah.
tiada tempat untuk aku mengadu melainkan Engkau Ya Allah.
tiada seorang pun yang akan mengerti melain Engkau Ya Allah.
tiada seorang pun dapat menyembuhkan perasaan ini melain Engkau Ya Allah.
tiada siapa melain Engkau Ya Allah.

Ya Allah..
ku mohon kekuatan hati.
ketenangan hati.
ketenangan jiwa.
hampirilah hatiku Ya Allah.
pimpinlah hatiku Ya Allah.

ketahuilah hati ini sudah cukup sakit Ya Allah..

kepada insan yang terlalu disayangi itu.
ketahuilah bahawa hati ini sangat mencintaimu.
sangat merinduimu.
sangat menginginkanmu.
ketahuilah bahawa hati ini tiada ruang sikit pun untuk yang lainya.
ketahuilah aku ikhlas mencintaimu.
ikhlas menyayangimu.
aku tak minta lebih apa pun.
hanya kasih sayang dan perhatian darimu.
itu sudah cukup untuk aku.
tersangat cukup.
jujurlah denganku walau apa punnnn.
ketahuilah hati aku ini sedang sakit.
sakit atas setiap perbuatanmu.

mungkin hati ini akan pulih.
dengan izin Allah.
tak kira macamana sekalipun.
aku yakin hati ini akan pulih suatu hari nanti.
aku harap akan pulih sepenuhhhnyaaaaa.
sepenuhnyaaaaa..

Ya Allah.
 terima kasih atas pertemuan aku dan dia.
jika dia bukan tercipta untukku.
kikiskanlah pesonanya dari kedua mata.
hapuskanlah rasa sayang ini terhadapnya.
lenyapkanlah perasaan ini terhadapnya.
dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada.
bahagiakanlah dia ku doakannya.
padaMu ku mohon sucikan hatiku.
sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu.

ku mohon kembalikanlah senyumanku.
kebahagiaanku.
untuk aku meneruskan kehidupan ini.

kekuatan hati aku mohon.

Thursday 24 May 2012

sampah


CINTA ?
cinta sebenarnya apa ? setelah semua yang aku lalui, rasa, telan. aku dah menjadi semakin tak tahu apa iu cinta. cinta yang aku rasa segalanya. kini buat aku jatuh melutut di kaki cinta. cilaka. itu yang aku rasa. dengan rasa cinta ini. aku seakan mati apabila mahu kehilangannya. duniaku terasa tak menentu. aku rebah, goyah. dengan rasa lebih rela aku benamkan diri di dasar bumi. agar aku tak merasa sakitnya itu. adakah itu cinta ? 

bukankah cinta itu membahagiakan. bukankah cinta itu menyenangkan. bukankah itu ? bukankah ini ? jadinya apa ? mungkin pada awalnya sahaja. kemudian apa ? lama kelamaan. cinta itu layu. membusuk. lalu di biar sehingga lunyai hancur. apakah sejahanam itu cinta ?

semakin hari aku menjadi semakin takut. takut untuk menghadapi kenyataan. takut untuk menerima kenyataan. kenyataan tentang apa ? kenyataan tentang akan hilangnya cinta itu. kenyataan akan terhapusnya cinta itu. kenyataan tentang rapuhnya cinta itu. jahanam.

cinta itu kian jauh. cinta cari bila perlu. cinta tegur bila mahu. cinta menyapa bila terasa. itu tidak lagi cinta. cinta itu hanya menyakitkan. memeritkan. hati ? jika bole di nyatakan. penuh bekas jahitan2 luka. tak pernah sekali kau nampak cinta. tapi tolonglah merasa. apa kau sudah buta cinta ? apa kau sudah tidak punya perasaan. kita berbeda. harus kau ingat tuh.

janji ? 
aku sudah muak dengannya. pergi jahanam sama janji. kita manusia. berjanji bila bahagia. memungkiri apabila mahu. dulu katanya itu. katanya ini. janjiku itu. janjiku ini. tapi sekarang apakah janji itu ? SAMPAH ! itu yang boleh aku katakan.

ini laaa antara yang terjadi cinta antara manusia. subhanAllah. seharusnya aku harus perbaiki hubungan ku denganMu. setelah itu barulah aku serahkan segalaNya padaMu Ya Tuhanku.

maaf. aku sedang terluka.
dan
sangat terluka..

Saturday 12 May 2012

i'm still here :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih :) 

 

subhanAllah. lama sangat dah aku tak update blog nih. apa yang ingin ku ceritakan. apa yang aku ingin luahkan. banyak sebenarnya. dah lama sangat terpendam. lama-lama dah sebati pada diri. hingga aku lupa bahawa aku punya banyak cerita untuk dikongsi bersama. ya ! telah banyak aku lalui sekarang nih. suka duka. semua aku tempuh. tapi Alhamdulillah. aku masih lagi berdiri. masih lagi boleh tertawa. masih lagi boleh menangis. maaf. tiada apa untuk di luah pada hari ini. cuma aku nak sampaikan yang aku masih lagi disini. masih lagi ingin meluah. masih lagi ingin menulis :)

^_^