Tuesday 31 January 2012

still waiting

Allah Maha Besar


i am lost. i am vain. i will never be the same.
without you.
i won't run. i won't fly. i will never make it by.
without you.
i can't rest. i can't fight. all i need is you and i.
without you.
i can't take one more sleepless night.
without you.
if you're not here. i'm paralyzed.
without you.
i can't look. i'm so blind. i lost my heart. i lost my mind.
without you.

i will love you until ends of my life.

A'A


Monday 30 January 2012

perselisihan

Allah Maha Besar..


hari ini. berlaku perselisihan faham antara kita. aku pun tak pasti. entahlaaaa. tapi hari nih date kita yang paling boring bagi aku. maaf. hm, aku sayang kau tau. tapi maaf,aku tak boleh turunkan ego aku. aku dah cuba tapi tak boleh. aku tahu kau terasa dengan aku sebab aku tak nak cakap dengan kau. aku diam. ye ! aku merajuk. memang merajuk. kau faham kan ? aku tak tahu kenapa. apa cerita kau nak tengok. apa benda kau nak buat.  apa benda kau cerita. aku layan je semua. sebab apa ? sebab aku sayang kau. sebab aku nak jaga hati kau. sebab aku nak jadi kekasih kau,kawan kau,teman gelak tangis kau. segalanya aku nak jadi untuk kau. semuanya untuk kau. kau tahu tak ?

aku bukan nak minta apa. tapi aku cuma nak minta hal yang sama. kau tahu tak. segala apa yang aku harungi,lalui,apa yang aku hadap. semua aku nak kongsi dengan kau tau. walaupun cerita aku bodoh ke,tak logik ke. tolong dengar boleh ? sebab bagi aku kau laa segalanya. teman,kawan,jiwa. aku nak kongsi semua. kau tak bagi aku simpan apa yang aku rasa. kau tahu semua tuh. tapi cara kau yang buat aku pendam segalanya. aku dah tak ada siapa nak kongsi semua tau. tak ada dah. aku cuma ada kau tau. kau je. 

aku mungkin sensitive sangat. aku nak org care pasal aku. faham cara aku. faham isi hati aku. faham macamana aku. apa yang aku harapkan. tolonglah faham jiwe aku sayang. kau selalu karutkan apa yang aku minat. mungkin bercanggah dari apa yang kau minat dan jiwa kau. tapi kau tak patut cakap macamtuh. itu minat aku. aku siapa ? kau cakap seolah2 aku nih tak ada apa. semuanya karut bagi kau. tuh tak okay la. nih tak kena lah. tuh mengarut lah. kau fikir aku tak terasa ke apa ? oh tidak. aku robot. mana ada perasaan kan. maaf. aku banyak makan hati dengan kau. 

kau pun dah tak nak contact aku. tak apa. aku faham kau juga terasa. maafkan aku. aku rindukan kau sangat. balik2 aku terus terlelap. dan berharap bila sedar nanti kau akan text aku. bila aku sedar. tak ada text or call pun dari kau. aku pun menangis. terasa sangat kau tak ada. walaupun baru je sekejap. aku pun tunggu dan terus tunggu, ego kan aku ? 

sampai bila-bila pun sayang dan cinta aku takan pernah kurang pada kau.

A'A

Monday 9 January 2012

kau harus tabah

Dengan lafaz Bismillah 


setiap kegagalan dalam hidup ini,kehampaan,kekecewaan. itu bukan dari apa yang kita harapkan. bukan dari apa yang kita impikan. percayalahh. setiap apa yang berlaku ada jalan cerita disebaliknya yang telah diatur kemas oleh yang Maha Kuasa. percayalahhh. Allah tidak kejam pada hambaNya. hanya akur pada ketentuanNya dan  kita akan rasa sendiri kebaikan yang telah Allah rencanakan untuk kita. Aku juga manusia biasa. bisa menangis,meraung,meratapi apa yang telah aku hilang. apa dugaan yang telah aku hadap. 

Kau. aku. kita sama saja. tak ada yang sempurna. kau sedih. aku juga bisa. kau merasa. aku juga sama. jangan kau letakkan diri kau keseorangan di tengah laut dalam sana. jangan kau hanyutkan diri kau sendiri digulung ombak deras. aku siapa ? aku bisa rasa kesedihan kau. kehampaan kau. susah senang kita dah janji kan ? masih kau ingat tuh semua ? aku pegang semuanya. percayalah.. tidak akan aku biarkan kau sendiri terkapai,lemas. aku juga ingin bersama. itu cara aku dalam hubungan ini. kau sakit,percayalahh aku juga merasakan hal yang sama.

kau tak layak untuk aku ? kau siapa untuk memandai-mandai. mungkin bagi kau hati ini  senang untuk di tarik tendang. cakaplah apa kau mahu. takan ada yang bisa merubah perasaan aku pada kau. Ya Allah. berikanlah kekuatan pada hati ini untuk terus mencintainya. aku tahu niat kau baik,kau tak nak aku susah. tapi kalau tuh yang aku tak boleh rasa. apa erti sesuatu hubungan pada kau. hanya untuk kebahagiaan sahaja ? maaf,itu tiada nilai buat aku. kalau ditakdirkan hati ini untuk tinggalkan kau. maaf,tapi bukan dalam keadaan kau susah.

aku cinta kau apa adanya diri kau. bukan apa yang kau punya. bukan apa yang kau hilang. itu kau harus mengerti sayang. walau apapun jadi lepas ini. aku takan biarkan kau sendiri. aku takan berhenti cinta kau. aku takan berhenti sayang kau. aku akan selalu ada untuk kau. aku akan sentiasa ada di belakang kau. tolong jangan kau rasa kau hidup sendiri. aku masih disini. yang sentiasa menyayangi diri kau :)

kecewa

subhanaAllah


aku rasa kecewa sangat sebab barang yang aku sayang rosak. rosak bukan sebarang rosak. tapi rosak kritikal punya. akibat dari hentakan kuat yang..entahlahhh. tak dapat aku nafikan,yang aku tak dapat tahan airmata nih dari terus menerus jatuh. aku rasa tersangat la kecewa. BABY,nama yang aku bagi untuk BLACKBERRY aku. maafkan aku kerana tak dapat menjaga kau dengan sempurna. dapat bertahan hanya seketika. jujur aku cakap. aku rasa loser gila. dah lama aku nakkan BB nih. memang sangat lama. tapi apakan daya. aku tak mampu macam mereka. sampai laa satu ketika aku dapat juga merasainya. terima kasih atas anugerah nih ya Allah. perasaan tersangat laa gembira apabila dapat memilikinya. tapi... seketika cuma. BB,jangan risau okay. aku cuba baiki kau semampunya, walau aku tahu kos nya sangat tinggi. tapi aku akan cuba semampu aku okay untuk memiliki kau semula. insyaAllah,ada jodoh. gaji nanti kita jumpa lagi yea. aku berharap sangat. permudahkanlah Ya Allah :(

Thursday 5 January 2012

goodbye 2011. welcome 2012 :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Besar :)


subhanAllah. alhamdulillah,thanks to Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Aku bersyukur kerna masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanNya dan masih lagi berpeluang untuk menebus segala dosa yang telah diperlakukan. Terima kasih Ya Allah. 

Tahun 2011. Telah banyak yang telah aku lalui pada tahun ini. Suka,duka,pahit,manis. Semuanya aku rasa,sikit pun tak ada yang tinggal. Dan dari apa yang berlaku selama ini adalah pengalaman dan pengajaran buat diri aku untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan yang penuh liku-liku ini. Tidak pernah aku lupakan dengan semua yang berlaku. Semua kenangan 2011 akan aku lipat kemas dalam hati :)
GOODBYE 2011 

HELLO 2012
 i hope what i wish for this year comes be true ^_^ insyaALLAH.
with
life<3
family<3
love<3
friends<3

please be nice with me dear year :)
^_^